Jumaat, 9 Disember 2011

PENGGUNAAN BAHAN KARTUN DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Sumber Kartun 'Kampung Boy'

Definisi Kartun

Perkataan kartun berasal daripada Bahasa Inggeris cartoon. Menurut A.S. Hornby dalam Mat Nor Husin (1988) kartun adalah lukisan tentang peristiwa-peristiwa harian yang digambarkan secara menyeronokkan. T. Iskandar dalam buku yang sama pula mentafsirkan kartun sebagai sejenis lukisan yang mengisahkan hal sehari-hari secara berjenaka. Kartun juga merupakan bentuk utama komunikatif grafik yang berupa suatu gambaran interpretasi menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan sesuatu pesanan secara cepat dan ringkas. Kartun juga merupakan sejenis lukisan berbentuk universal yang menggambarkan peristiwa harian yang disampaikan secara lucu dan jenaka dan juga sebagai kritikan sosial. Dalam maksud yang lebih mudah, kartun merupakan persembahan lakaran ataubentuk-bentuk simbolik yang bertajuk atau tidak dan membawa motif sindiran dan kecerdikan. Kartun mempunyai daya penarik yang unik serta bolehmempengaruhi sikap dan pelakuan pembaca. Dewasa ini, penggunaan kartun sebagai salah satu bahan hiburan dan jenaka telah berkembang dengan pesatnya sama ada melalui media cetakmahupun media elektronik. akhbar dan majalah kini sudah menyediakan ruangan-ruangan kartun di samping rencana-rencana lain untuk menarik minat pembaca dan sebagai bahan selingan untuk meredakan ketegangan.




Sumber Akhbar Didik
 
Objektif penggunaan kartun sebagai media pengajaran. Kartun digemari oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya daripada golongan kanak-kanak. Sesuatu yang baik akan meninggalkan kesan yang baikkepada kita. Oleh sebab itu, jika bahan kartun digunakan dengan baik, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan kepada pelajar. Antara objektif penggunaan kartun sebagi media pengajaran ialah:
a)    Membantu memberi ransangan dan motivasi kepada murid-murid untuk terus mengambil bahagian dan berinteraksi di samping memberi keseronokkan.
b)   Menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis. Bahan kartunboleh diguna untuk menggerakkan daya pengamatan dan pemikiranpelajar berkenaan masked sebenar yang ingin disampaikan gurudalam pelajaran. Menurut Heinich dalam Mat Nor Husin bahan kartun bukan sahaja membawa unsur kelucuan bahkan boleh memberi kesan kepada pembelajaran.
c)    Kartun merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang dipersembahkan secara menarik dan ringkas untuk menyampaikan maklumat dan pesanan. Oleh kerana sifatnya yang unik, kartun mampu meninggalkan kesan ingatan dan mengukuhkan ingatan manusia.
d)   Kartun juga berfungsi untuk mendidik murid-murid ke arahmenumpukan minat terhadap penggunaan kartun yang bermutu tinggi dari segi lukisan., mesej, dan sudut persembahan serta bahasa yang digunakannya.
e)      Kartun boleh memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Misalnya, pengajaran peribahasa dan simpulan bahasamenjadi lebih mudah difahami juka disampaikan dengan mengunakan bahan kartun.


Pengajaran Jenis-jenis Ayat



Sumber Akhbar Didik
Bahasa Melayu mempunyai pelbagai jenis ayat yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara. Melalui pengajaran jenis-jenis ayat ini guru boleh menumpukan kepada kemahiran bertutur dan membaca yang dimiliki oleh murid. Ini kerana, aktiviti yang dijalankan lebih sesuai dijalankan secara lisan iaitu membaca berdasarkan tanda baca yang terdapat pada ayat. Contohnya, ayat seru yang mempunyai tanda seru dan cara menuturkannya juga mempunyai intonasi yang tersendiri dan berbeza dengan ayat tanya. Oleh itu, untuk mengajarkan penggunaan jenis-jenis ayat ini supaya lebih menarik bahan kartun boleh digunakan. Antara langkah yang boleh dilakukan guru adalah:

a)    Guru memaparkan satu ilustrasi kartun yang besar dan ditampal dipapan hitam. Gambar kartun tersebut mengandung perbualan dan penerangan. Guru memilih dua orang murid untuk membaca dialog kartun tersebut menggunakan intonasi yang betul.
b)   Selain itu, guru juga boleh menggunakan tayangan video kartun yangmemaparkan perbualan yang menggunakan jenis ayat yang akandiajar. Contohnya perbualan yang mengandungi ayat tanya.
c)    Kemudian guru meminta murid memberitahu jenis ayat yangdigunakan oleh kartun tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka .
d)   Guru akan bertanyakan murid tentang kefahaman mereka tentang ayat tersebut dan kemudiannya guru  menerangkan ciri-ciri empat ayat yang terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu, ayat seru, ayat perintah, ayattanya dan ayat penyata.
e)    Dalam aktiviti ini guru perlu memberi penekanan terhadap intonasi, jeda dan bacaan yang betul yang digunakan murid. Ini kerana,penggunaan intonasi yang salah boleh membuatkan pelajar sukar untuk membezakan cara untuk bercakap dengan betul.
f)    Melalui aktiviti ini juga guru dapat memenuhi hasil pembelajaraninterpersonal yang memerlukan murid dapat bercakap menggunakan frasa, rangkai kata serta ungkapan secara bertatasusila.
g)    Sebagai pengukuhan, guru akan mengedarkan helaian kertas yang mengandungi gambar kartun yang bahagian perbualannya telah dikosongkan dan meminta murid mengisi tempat kosong tersebut seterusnya melakonkan sesi perbualan berdasarkan kefahaman mereka terhadap situasi yang berlaku dalam gambar kartun tersebut.
h)   Aktiviti ini juga boleh dilakukan untuk mengajar dialog kepada murid-murid.




Kebaikan Penggunaan Kartun Dalam Pengajaran


Bahan kartun memang salah satu media bahan bantu mengajar yang menarik untuk digunakan oleh guru dalam proses pengajaran. Jika disesuaikandengan konteks situasi dan kognitif murid, bahan itu boleh meransang penglibatan keseluruhan kelas. Dengan ini jelas menunjukkan penggunaan kartun sudah pastinya mempunyai kebaikan yang tersendiri. Antara kebaikan penggunaan bahan kartun sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran bahasa ialah:
a)      Kartun ialah bahan yang umumnya digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Watak-watak lucunya dapat menarik minat pembaca.
b)   Penggunaan bahan ini juga akan menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dalam suasana yang gembira dengan telatah kartun dan secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej. Ini membolehkan seseorang guru itu mendapat tindak balas yang berkesan daripada pelajarnya. Dengan ini, dapat memberi keyakinan kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu.
c)    Bahan kartun boleh digunakan dalam pelbagai aspek kemahiran bahasa. Misalnya dalam pengajaran lisan; lukisan kartun bersiri boleh digunakan. Manakala dalam mengajar aspek pemahaman, soalan-soalan yang dibina daripada rentetan cerita dan dialog-dialog bolehdigunakan guru. Seterusnya untuk pengajaran aspek tatabahasa, dialog-dialog kartun yang menggunakan bahasa pasar boleh ditukar menjadi ayat yang gramatis atau melakukan aktiviti menukar cakap ajuk dan cakap pindah. Kartun juga dapat membantu dalam aktiviti praktikal .seperti perbualan dan lakonan.
 
 

Sumber Akhbar Didik
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan